ABOUT

Logo lama


Logo baru

Kecerdasan buatan (AI) bukan lagi sekadar bidang teknikal yang dikuasai oleh jurutera dan penyelidik. Kini, AI semakin mempengaruhi cara kita bekerja, belajar dan berkomunikasi dalam kehidupan seharian.

Pendek kata, AI itu mudah untuk semua pelajari dan aplikasikan dalam kehidupan.

Namun, maklumat tentang perkembangan AI masih banyak disampaikan dalam bahasa Inggeris, sekali gus menyukarkan sebahagian masyarakat untuk memahami teknologi ini dengan lebih dekat.

Celikai.my diwujudkan untuk merapatkan jurang tersebut.

Admin percaya setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang teknikal, berhak memahami perkembangan AI melalui penerangan yang jelas, mudah difahami dan relevan dengan kehidupan seharian.

Nama "Celikai" merupakan gabungan dua unsur, iaitu celik, yang membawa maksud sedar dan faham, serta AI, singkatan bagi kecerdasan buatan.

Walaupun sekali pandang dan sekali dengar domain ini macam pelik dan buat lucu buat admin secara peribadi, gabungan ini mencerminkan misi admin untuk membantu masyarakat memahami dunia AI dan memanfaatkan teknologi ini secara bijak.

Tujuan Admin

Tujuan utama Celik AI ialah untuk mencelikkan minda dan membuka kesedaran masyarakat bahawa AI perlu digunakan dengan rasa tanggungjawab. AI merupakan alat yang berkuasa, dan dengan kuasa itu datang tanggungjawab besar terhadap cara ia digunakan dalam kehidupan seharian.

Objektif Celik AI

  1. Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penggunaan AI secara bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
  2. Menyampaikan ilmu dan berita AI dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.
  3. Menggalakkan penggunaan AI secara beretika, dengan sentiasa mengambil kira kesan penggunaannya terhadap individu dan masyarakat.
  4. Memastikan kandungan yang dikongsi tidak melanggar undang-undang, dan berhati-hati agar tiada isu yang menyentuh perkara sensitif.
  5. Menjaga kehormatan dan maruah setiap individu yang disebut atau dibincangkan dalam sebarang perbincangan berkaitan AI, termasuk mengelak sebarang bentuk fitnah, tuduhan tidak berasas, atau penyalahgunaan maklumat peribadi.

Apa yang Admin Kongsikan

Celikai.my menyediakan pelbagai kandungan berkaitan AI dalam Bahasa Melayu, antaranya:

  • Berita AI terkini — perkembangan model AI, syarikat teknologi dan dasar berkaitan AI di peringkat global, yang diterangkan dalam Bahasa Melayu.
  • Tutorial praktikal — panduan langkah demi langkah untuk menggunakan alat AI seperti Ollama, ChatGPT dan Claude.
  • Ulasan dan perbandingan — analisis tentang alat dan model AI, termasuk kelebihan, kekurangan serta kesesuaiannya untuk kegunaan harian dalam konteks tempatan.
  • Keselamatan dan etika AI — penerangan mudah difahami tentang risiko, privasi dan tanggungjawab dalam penggunaan teknologi AI.

Untuk Siapa Kandungan Ini?

Celikai.my dihasilkan untuk semua yang ingin memahami dan meneroka dunia AI tanpa sempadan, dengan gaya bahasa mudah faham dan mudah hadam.

Sama ada anda seorang pelajar yang ingin menambah pengetahuan, usahawan kecil yang mahu memanfaatkan AI untuk perniagaan, kakitangan kerajaan yang perlu memahami batasan penggunaan alat AI, atau individu yang sekadar ingin mengikuti perkembangan teknologi, kandungan portal ini dihasilkan dengan mengambil kira keperluan pembaca daripada pelbagai latar belakang.

Siapa Admin

Celikai.my digerakkan oleh seorang peminat AI yang percaya bahawa ilmu tentang kecerdasan buatan perlu disampaikan dalam bahasa dan konteks yang dekat dengan masyarakat Malaysia.

Admin berusaha menyediakan kandungan yang informatif, mudah difahami dan relevan dengan perkembangan industri AI di peringkat global serta tempatan.

Kandungan portal ini dikemas kini secara setiap hari bagi membantu pembaca mengikuti perkembangan teknologi AI dan memahami penggunaannya dalam kehidupan seharian.

Ikuti Admin

Selain melalui blog ini, anda juga boleh mengikuti perkongsian ringkas tentang AI melalui platform media sosial admin:


Hubungi Admin

Ada cadangan topik, pertanyaan atau ingin menjalin kerjasama dengan Celikai.my?

Admin mengalu-alukan maklum balas dan cadangan daripada pembaca. 

Hubungi admin melalui saluran yang disediakan untuk berkongsi pandangan atau mengemukakan pertanyaan.

Alamat e-mel rasmi: celikaiofficial@gmail.com


Celik AI — Cerdik Teknologi

Catatan popular daripada blog ini

Panduan lengkap direktori portal AI niche di Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Anthropic Gesa Syarikat Perlahankan Perkembangan AI

GPT-6 Astra bantu mudahkan kerja profesional