Chatbot
Tanya tentang AI, dalam Bahasa Melayu.
Jawapan ringkas dan mudah faham, berdasarkan artikel di celikai.my. Percuma, tanpa daftar akaun.
Selamat malam, apa khabar?
Tanya apa sahaja tentang AI.
CelikAI boleh tersilap. Sentiasa semak fakta penting.
Soalan lazim
Adakah app Chatbot CelikAI selamat dipasang?
Ya. Ia app web (PWA) yang dipasang terus oleh pelayar anda seperti Chrome atau Safari. Ia berjalan dalam perlindungan pelayar dengan had yang sama seperti laman web biasa, jadi ia tidak boleh mengakses fail, gambar, kenalan, SMS atau data app lain dalam telefon anda.
Perlukah saya muat turun fail APK atau buka "sumber tidak diketahui"?
Tidak. Tiada fail APK dimuat turun dan anda tidak perlu menukar sebarang tetapan keselamatan telefon. Pemasangan dibuat oleh pelayar sendiri.
Apakah kebenaran yang diminta?
Tiada kebenaran khas. Mikrofon hanya digunakan jika anda sendiri menekan butang mikrofon, dan telefon akan meminta kebenaran anda dahulu. Anda boleh menolaknya dan app tetap berfungsi.
Adakah maklumat saya dikumpul?
Tiada pendaftaran, dan tiada nama, emel atau nombor telefon diminta. Soalan yang anda taip digunakan untuk mencari artikel di celikai.my. Elakkan menaip maklumat peribadi seperti nombor IC atau kata laluan dalam chat.
Bagaimana jika saya mahu membuangnya?
Buang seperti app biasa: tekan lama ikon Chatbot CelikAI, kemudian pilih Buang atau Nyahpasang. Tiada apa-apa yang tertinggal dalam telefon.
Saya terima fail APK (contohnya base.apk) "app CelikAI" daripada orang lain. Patutkah saya pasang?
Jangan pasang. CelikAI tidak pernah mengedarkan app dalam bentuk fail APK melalui WhatsApp, Telegram atau media sosial. Fail APK daripada orang lain tidak dapat dipastikan keasliannya dan mungkin telah diubah. Pasang hanya melalui laman rasmi chatbot.celikai.my menggunakan Chrome atau Safari. Untuk berkongsi, gunakan butang Kongsi app dalam menu + yang menghantar pautan, bukan fail.
Mahu berehat sekejap? Dengar CelikAI Muzik