Penyelidik di syarikat Anthropic memanfaatkan model kecerdasan buatan (AI) Claude bagi menganalisis sejumlah besar data asid deoksiribonukleik (DNA) dalam usaha mengenal pasti keluarga protein baharu yang belum pernah dicirikan.
Menerusi penyelidikan yang didedahkan pada 23 September 2026 itu, sekitar 950 ejen Claude digerakkan secara serentak melibatkan 210 juta token sepanjang pencarian data selama 21 jam bagi meneliti lebih 200,000 'reverse transcriptases'.
Analisis berskala besar berkenaan berjaya menyaring kira-kira 3,500 sistem calon, sebelum 20 daripadanya dipilih oleh penyelidik untuk dinilai secara terperinci di makmal.
Salah satu sistem biologi yang ditemukan dinamakan sebagai 'array-associated reverse transcriptases' (ART) kerana mempunyai susunan DNA berulang menyerupai corak CRISPR, biarpun fungsi sebenarnya masih giat dikaji melalui eksperimen lanjutan.
Perkembangan tersebut membuktikan potensi AI sebagai instrumen penyelidikan berdaya maju yang mampu membantu saintis mengesan corak data rumit, sekali gus membuka dimensi baharu dalam penerokaan sains dan perubatan.
Ulasan
Catat Ulasan