GPT-6 Astra bantu mudahkan kerja profesional

OpenAI secara rasmi memperkenalkan model kecerdasan buatan terbaharu yang dinamakan GPT-6 Astra pada 3 September 2026 bagi membantu pengguna melaksanakan pelbagai tugasan kompleks dan berperingkat.

Model berkenaan dibangunkan khusus untuk mengendalikan tugasan panjang merentasi persekitaran digital termasuk penggunaan komputer, pelayaran web, pengaturcaraan serta penyediaan dokumen profesional.

Menurut syarikat pembangunan teknologi tersebut, GPT-6 Astra merekodkan prestasi penanda aras yang memberangsangkan dengan mencapai 98 peratus bagi FrontierMath Tier 4 dan 99.9 peratus bagi ARC-AGI-3.

Walaupun berkeupayaan tinggi hingga mencapai tahap keselamatan siber yang kritikal, pertimbangan dan pemantauan manusia tetap menjadi keutamaan bagi memastikan ketepatan maklumat serta kawalan keselamatan sentiasa terjamin.

GPT-6 Astra kini mula ditawarkan secara berperingkat kepada organisasi tertentu sebelum diperluas kepada pelanggan ChatGPT Plus, Pro, Business, Enterprise serta rangkaian antara muka pengaturcaraan aplikasi (API).

Ulasan

Popular

Ketua Pegawai Eksekutif Anthropic Gesa Syarikat Perlahankan Perkembangan AI

Malaysia peneraju penjanaan imej AI di Asia Tenggara