Dua hari, dua video, satu maskot jadi penyelamat


Blog ini baru berusia lima hari ketika penulisan ini. Usaha untuk mengembang idea dan merintis jalan seperti tidak menoleh ke belakang lagi. Kepala admin sarat dengan idea dan dalam masa yang masa berat dengan pelbagai tasks atau tugas.

Itulah situasi saya selama dua hari, sewaktu cuba menghasilkan dua video YouTube Shorts sebagai mukadimah untuk menghebahkan celikai.my kepada seramai mungkin audiens.

Idea asalnya mudah. Video pertama akan memperkenalkan Tomo, watak kartun yang saya rancang untuk dijadikan maskot rasmi. 

Tomo ada wajah mesra, bentuk bulat yang senang diingat, dan saya sudah bayangkan dia melambai kepada penonton dalam tiga saat pertama video. Semuanya nampak kemas di atas kertas.

Kemudian datang titik yang mengubah segalanya. Semasa membuat semakan terakhir, saya terjumpa penampakan imej Tomo di akaun Threads orang lain. 

Watak yang saya sangka unik itu rupanya sudah berlegar di ruang digital yang sama. Dalam dunia kandungan AI, keaslian identiti visual bukan perkara kecil. 

Maskot yang serupa dengan orang lain akan mengelirukan audiens, dan lebih teruk, menjejaskan kepercayaan terhadap jenama celikai.my sendiri. Jadi video pertama saya lepaskan. Tidak jadi.

Daripada terus berkeras, saya ubah arah. 

Video kedua dibina semula dengan nada yang lebih futuristik, dan maskot baharu pun lahir: C-Sphere, iaitu Dron Cendekiawan Terapung. 

Bentuk sfera yang terapung perlahan, cahaya biru lembut di bahagian bawahnya, dan pergerakan yang tenang tetapi berilmu. Ia lebih sesuai dengan jiwa celikai.my sebagai portal yang membawa literasi AI kepada orang Malaysia.

Pengajarannya ringkas. Dalam dunia kandungan digital hari ini, kelajuan bukan segalanya. Kesediaan untuk membuang kerja dua hari demi identiti yang benar-benar milik kita jauh lebih bernilai daripada menerbitkan sesuatu yang separuh asli.

Kadangkala, video yang tidak jadi itulah yang boleh dimasukkan sebagai konten percubaan.

Video pertama:




Video kedua:






Cuba Prompt Ini Terus dalam App CelikAI

Uji arahan Bahasa Melayu secara pantas menggunakan pembantu pintar kami tanpa tetapan rumit.

Buka App AI ↗

Ulasan