Pakar bimbang keupayaan ChatGPT ingat aktiviti pengguna

Pakar keselamatan siber melahirkan kebimbangan terhadap keupayaan ChatGPT untuk mengingati aktiviti pengguna pada komputer mereka.

Menurut pakar, risiko utama bukanlah penggodam menceroboh akaun ChatGPT, sebaliknya ancaman perisian hasad yang dimuat turun oleh mangsa tanpa disedari.

Stefanie Schappert daripada Cybernews menjelaskan bahawa ringkasan maklumat yang tidak disulitkan itu boleh menjadi sasaran mudah bagi penjenayah siber untuk mencuri data peribadi, kewangan, dan kesihatan pengguna.

Maklumat yang terdedah tersebut berisiko disalahgunakan untuk serangan pancingan data, kejuruteraan sosial, kecurian identiti, serta pengintipan korporat.

Perlu diingat, Computer History terhad kepada macOS sahaja. Jadi, pengguna Windows dan Android tidak perlu risau — sekurang-kurangnya buat masa ini.

Ulasan

Popular

Ketua Pegawai Eksekutif Anthropic Gesa Syarikat Perlahankan Perkembangan AI

GPT-6 Astra bantu mudahkan kerja profesional

Malaysia peneraju penjanaan imej AI di Asia Tenggara