Pernahkah anda mendengar peribahasa yang mengatakan jika sudah ada jalan yang mudah, mengapa perlu memilih jalan yang sukar?
Hal ini berbeza jika tiada pilihan lain, maka seseorang terpaksa bersusah payah sebelum menikmati kesenangan.
Di bawah ini merupakan beberapa arahan yang boleh digunakan untuk menyediakan minit mesyuarat setelah memperoleh maklumat atau rakaman suara.
Pertama, minit mesyuarat pantas:
“Ringkaskan transkrip ini kepada minit mesyuarat lengkap (agenda, keputusan, dan tindakan susulan dalam bentuk jadual) dengan menggunakan bahasa Melayu yang ringkas dan jelas tanpa menambah maklumat luar.”
Kedua, ringkasan menyeluruh:
“Sila sediakan minit mesyuarat lengkap berdasarkan transkrip ini dengan menyertakan tajuk, senarai kehadiran (jika ada), agenda utama, ringkasan perbincangan, dan keputusan yang dibuat mengikut templat minit mesyuarat yang dilampirkan.”
Ketiga, fokus pada tindakan:
“Analisis mesyuarat ini dan senaraikan tindakan susulan, pihak yang bertanggungjawab, serta tarikh akhir mengikut templat minit mesyuarat yang dilampirkan.”
Keempat, tambah ayat ini dalam arahan untuk hasil yang lebih tepat:
“Pastikan semua perkara penting daripada transkrip dimasukkan tanpa tertinggal, susun minit dalam bentuk yang mudah dibaca dan profesional (gunakan titik tumpu dan jadual jika sesuai), serta pastikan semua isi dalam minit ini adalah berdasarkan transkrip sahaja tanpa penambahan maklumat luar.”
Kelima, nota penting:
Jangan lupa untuk menukarkan rakaman kepada transkrip dalam bentuk teks terlebih dahulu bagi memudahkan tafsiran kecerdasan buatan (AI).
Ulasan
Catat Ulasan