Pernahkah anda melihat sekeping gambar yang kelihatan begitu nyata, tetapi sebenarnya dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI)? Kini, semakin sukar untuk membezakan antara imej ciptaan AI dengan gambar sebenar.
Menyedari cabaran ini, Google memperkenalkan SynthID Detector, sebuah teknologi yang membantu mengenal pasti kandungan yang dijana menggunakan AI.
Melalui laman synthid.com, pengguna boleh memuat naik gambar, video atau audio untuk diperiksa sama ada terdapat watermark digital tersembunyi yang dikenali sebagai SynthID.
Watermark ini ditanamkan pada kandungan yang dihasilkan menggunakan teknologi AI Google dan direka supaya kekal dapat dikesan walaupun kandungan tersebut mengalami perubahan tertentu.
Namun, ada satu perkara penting yang perlu difahami. Jika sistem tidak mengesan watermark SynthID, itu tidak bermakna kandungan tersebut semestinya asli atau dihasilkan oleh manusia.
Ini kerana teknologi tersebut hanya mengesan watermark yang disokong, bukannya semua kandungan AI daripada pelbagai platform.
Teknologi AI semakin maju. Sebab itu, kita juga perlu lebih bijak menilai kesahihan sesuatu gambar, video dan audio sebelum mempercayainya atau menyebarkannya.
Ulasan
Catat Ulasan