Prompt untuk penulisan di ChatGPT

Ramai pengguna di Malaysia berasa kecewa apabila prompt ChatGPT yang ringkas menghasilkan tulisan yang kaku dan berbunyi seperti robot.

Prompt, iaitu arahan yang anda taip kepada chatbot, menentukan sebahagian besar mutu jawapan yang anda terima.

Justeru, persoalannya bukan sama ada ChatGPT mampu menulis dengan baik, tetapi sama ada arahan anda cukup jelas.

Jawapan ringkasnya, gantikan arahan klise dengan butiran tentang pembaca, tujuan, nada dan contoh gaya yang anda mahukan. 

1. GAYA BAHASA SANTAI


"Ubah teks berikut kepada gaya bahasa perbualan yang santai, mesra, dan mudah dihadam. Buang bahasa buku yang skema, ayat kaku, dan istilah yang menyemak.

Teks: [Tampal teks di sini]"


2 HAPUSKAN AYAT MELeret & KLISE


"Buang semua frasa klise, pengulangan, mukadimah yang meleret, dan ayat generik daripada teks berikut. Jadikan penulisan ini lebih spesifik, tajam, dan terus kepada maksud utama (straight to the point). Teks: [Tampal teks di sini]" 


3 JADIKAN LEBIH DEKAT DENGAN PEMBACA


"Ubah teks berikut supaya terasa dekat dengan jiwa pembaca. Gunakan bahasa yang penuh empati, contoh nyata, dan situasi harian yang relevan. Jangan sesekali mereka-reka pengalaman atau fakta palsu.

Sasaran pembaca: [Isi sasaran pembaca]


4 SUNTINGAN TAHAP PROFESIONAL (PROFESSIONAL EDITING)


"Bertindak sebagai editor profesional. Kesan bahagian yang kaku, berulang, terlalu skema, atau sukar difahami. Tulis semula supaya menjadi lebih semula jadi, padat, jelas, dan memikat tanpa mengubah fakta atau mesej utama.

Teks: [Tampal teks di sini]"


5 HIDUPKAN TULISAN HUMANIZE


"Tulis semula teks berikut supaya kedengaran semula jadi, lancar, dan tidak kaku. Pelbagaikan struktur ayat dan gunakan pilihan kata yang tepat. Kekalkan maksud asal.

Teks: [Tampal teks di sini]" 



Cuba Prompt Ini Terus dalam App CelikAI

Uji arahan Bahasa Melayu secara pantas menggunakan pembantu pintar kami tanpa tetapan rumit.

Buka App AI ↗

Ulasan