Penggunaan AI dalam politik sasar rakyat Malaysia
Penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan kandungan palsu dan memanipulasi perbincangan politik menjadi perhatian selepas Anthropic mendedahkan operasi manipulasi maklumat yang menyasarkan pengguna di Malaysia menerusi laporan keselamatan yang diterbitkan pada September 2026. Menurut laporan tersebut, pihak yang menjalankan operasi berkenaan menggunakan model AI Claude untuk membangunkan sebuah platform manipulasi pilihan raya komersial. Operasi itu melibatkan kira-kira 1,000 akaun palsu di platform X, sebuah laman berita rekaan bernama Malaysia Pulse dan beberapa dokumen yang mengandungi dakwaan palsu. Anthropic Anthropic melaporkan bahawa sistem tersebut menggunakan data banci dan pilihan raya untuk membina profil pengundi mengikut kawasan. Maklumat itu digunakan bagi menyasarkan isu sensitif berkaitan kaum, agama dan institusi diraja merentasi 222 kawasan Parlimen di Malaysia. AI turut digunakan untuk menghasilkan dan menyunting kandungan berita yang kemudianny...